.

 

 

.

 

 

Assalamualaikum w.b.t.,

 

Mukaddimah.

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini, bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, telah termeterai Deklarasi Mahasiswa Islam UPM 2006 (DMIUPM2006).

 

 

Penyataan Deklarasi.

DMIUPM2006 adalah kayu ukur yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan perpaduan kaum di kampus, kesejahteraan negara dan ketunjangan Islam sebagai carahidup mahasiswa Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

 

Rasional.

DMIUPM2006 ini adalah kesedaran yang tinggi terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekitar ruang lingkup mahasiswa di kampus hijau ini. Masalah etika kemahasiswaan, isu kebajikan dan keselesaan, gejala sosial seperti mat rempit, dan seumpamanya, telah dengan sedikit demi sedikit meracuni fikiran mahasiswa Islam ini, dan amat dibimbangkan ia akan memusnahkan personaliti unggul mahasiswa berkenaan.

 

 

Matlamat.

Matlamat umat Islam adalah untuk mencari satu erti yang disebut sebagai keamanan. Maka, keamanan yang sering disebut sebagai Damai Abadi akan dilandaskan dalam DMIUPM2006 ini, dan semoga maruah dan kejayaan umat Islam dapat diagungkan kembali. DMIUPM2006 akan menjadi satu standard amalan mahasiswa Islam dalam

 

Memandangkan mahasiswa berpotensi sebagai sumber pembangunan yang baru, maka DMIUPM2006 ini bermaksud untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan mahasiswa tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden.

 

 

Objektif Umum

Menjamin setiap mahasiswa dan komuniti sekitarnya tanpa mengira etnik, kaum, budaya dan fahaman politik agar dapat memperoleh kesejahteraan dalam pengajian sesuai dengan konsep aman dalam Islam.

 

 

Objektif Khusus

Dengan ini, 5 objektif khusus yang digariskan dan dimeterai sebagai DMIUPM2006.

 

Objektif 1;

Memastikan Keperluan Asas Mahasiswa Dipenuhi

Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap mahasiswa berhak menikmati keperluan asas yang disediakan perkhidmatan seperti makanan, tempat tinggal yang secukupnya disediakan secukupnya di dalam kampus, persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan; persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni; keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa.

 

Objektif 2;

Membangun dan Memperkasa Modal Insan Sepanjang Hayat

Segala tindakan dan pembangunan pembelajaran di kampus adalah bertujuan untuk membangun dan memperkasa setiap mahasiswa agar dilahirkan golongan ini sebagai pembekal modal insan kepada kemajuan negara, dan kelansungan objektif ini sepanjang hayat bagi meningkat dan mengoptimumkan matlamat kendiri.

 

Objektif 3;

Memperkukuh dan Memperluas Sistem Pembelajaran Efektif Di Samping Aktiviti Kokurikulum.

Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem pembelajaran efektif yang sedia wujud dalam komuniti pensyarah dan mahasiswa, selain sistem pembelajaran yang lebih baik diamalkan bagi tujuan tersebut. Pemencaran aktviti kokurikulum dalam kampus dititikberatkan sebagai pengalaman tambahan yang dijadikan pengantara mahasiswa dengan dunia luar.

 

Objektif 4;

Menjana Sinergi Kepimpinan Mahasiswa

Kerjasama di antara para pemimpin universiti dengan pemimpin pelajar haruslah dijana seoptimum mungkin agar kepimpinan mahasiswa dapat dibentuk dalam landasan yang benar. Peka terhadap isu antarabangsa yang melibatkan maruah umat Islam, pemimpin mahasiswa berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam saluran tertentu yang dapat menunjukkan pendirian seorang mahasiswa itu.

 

Objektif 5;

Pengajian Yang Selesa Disamping Kebajikan Mahasiswa Yang Terbela

Berteraskan keamanan, pembangunan negara adalah dicapai melalui pendidikan, dan setiap mahasiswa berhak untuk menikmati pengajian yang selesa di samping perkhidmatan yang disediakan oleh universiti dapat digunakan dengan sebaiknya.

 

 

Jentera Pelaksana.

Bagi merealisasikan objektif DMIUPM2006, usaha yang digembling oleh pihak universiti dan barisan kepimpinan mahasiswa adalah faktor penentu kejayaan. Pemantauan dan penilaian berterusan dapat menjamin kejayaan DMIUPM2006 ini. JAMIS UPM akan bertindak sebagai Urusetia bagi tujuan memastikan objektif DMIUPM2006 tercapai.

 

 

Penutup.

DMIUPM2006 merupakan payung kepada program dan pengajian mahasiswa di kampus hijau ini, yang memberi halatuju kepada perancangan dan perlaksanaan setiap pembangunan yang membela kebajikan dan keselesaan mahasiswa. Kejayaannya bergantung kepada komitmen, sokongan dan kerjasama pihak universiti dan juga pihak sukarelawan yang prihatin terhadap satu-satu konsep keamanan.

 

 

 

 

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>